Month: November 2017

5K (Panj Kakaar) dalam agama Sikh

Panj kakaar atau lebih dikenali sebagai 5K merupakan simbol seorang lelaki yang beragama Sikh. Panj kakaar merupakan Kesh, Kanga, Kara, Kirpan dan Kachha. Ia di perkenalkan oleh guru yang ke 10 agama Sikh, Guru Gobind Singh di Baisakhi Amrit Sanchar pada tahun 1699, dan diwajibkan pakai sepanjang masa. Hari tersebut di rayakan sebagai hari Vaisakhi atau Baisakhi, pada 14 April setiap tahun oleh penganut agama Sikh. Setiap lelaki Sikh yang mengamalkan “Panj Kakaar” dipercayai pahlawan Tuhan yang ditugaskan untuk melindungi orang-orang yang lemah tanpa perbezaan agama dan bangsa. Amalan dan perintah dari Guru tersebut telah di ikuti oleh penganut...

Read More

Ajaran Agama Sikh

Agama Sikh (Sikhism) dibawa oleh Guru Nanak (1469-1539) di Sultanpur, berhampiran Amritsar di wilayah Punjab, India. Pengikut Agama ini mempercayai kepada Satu Tuhan yang mencipta seluruh alam ini. Tuhannya dipanggil dengan nama Waheguru. Selepas Guru nanak mangkat tempatnya diganti oleh sembilan orang guru lain dan berakhir dengan guru Gobind Singh. Ketua agama sikh diberi gelaran Guru. Agama ini diberi nama Sikh yang bermaksud Harimau oleh guru Gobind Singh. Setiap orang lelaki yang beragama Sikh menggunakan gelaran Singh di belakang nama mereka, Kaum wanita pula menggunakan perkataan kaur di belakang nama mereka. Rangkaian Guru berakhir pada tahun 1708 selepas kemangkatan...

Read More

Cerita sufi: Di mana Tuhan tinggal

Terdapat sebuah cerita sufi tentang tempat tinggal Tuhan: Apabila seorang anak murid menyoal ke mana Tuhan pergi selepas mencipta seluruh alam ini dan di mana Dia tinggal, gurunya menjawab: Jika Tuhan tinggal di dasar laut, nescaya manusia akan menyelami untuk mencarinya. Jika tuhan tinggal diatas bukit, nescaya manusia akan mendaki gunung untuk mencarinya. Jika Tuhan tinggal duduk di bawah bumi nescaya manusia akan menggali untuk mencarinya. Sebab itulah Tuhan sembunyikan diri didalam diri manusia, kerana manusia lalai mencari didalam dirinya sendiri. Manusia lalai mengenal dirinya...

Read More

Apa itu Rohani

Perkataan rohani wujud daripada perkataan asas roh yang mana menjadi bahan asas setiap orang manusia. Jika tiada roh, manusia tersebut hanyalah sebuah mayat. Manusia bukanlah seketul daging yang disalurkan dengan kulit dan diisi dengan tulang dan darah. Tetapi seorang manusia lebih mulia dan bernilai darinya. Badan ini hanyalah rumah tumpangan kita yang sementara, kita pasti akan meninggalkan badan ini suatu hari nanti. Selepas menggugurkan badan ini, apakah baki yang akan tinggal dengan kita?. Itulah roh dan kaedah mengenali roh itu adalah rohani. Ilmu rohani adalah ilmu yang menunjuk ajar kita, kaedah mengenali asal usul manusia, dunia, galaksi dan asal...

Read More

Hati manusia dan kebebasan

Manusia suka kurung burung dalam sangkar dan membelanya sebagai haiwan peliharaan. Burung yang dibela dijaga dengan hemat dan cermat. Ia akan diberi buah-buahan dan biji-bijirin dan air yang bersih sebagai makanan. Sangkarnya akan dibersihkan dan haiwan tersebut dipelihara dengan betul. Burung tersebut tidak perlu melakukan sesuatu untuk teruskan kehidupannya, segala keperluannya akan dipenuhi oleh majikannya. Dengan hanya menyediakan sangkar yang terhias dan makan minum yang secukupnya, Adakah burung tersebut akan suka kepada kehidupan sebegitu ? Adakah burung tersebut akan suka dikurung ?. Sudah tentu tidak! Burung tersebut akan inginkan kebebasan!. Burung hanya akan suka kepada kebebasan, ia suka terbang...

Read More