Yoga adalah sejenis senaman yang dilatih oleh ribuan orang dari seluruh dunia. Yoga boleh di pelajari dan dilatih oleh semua lapisan masyarakat tanpa perbezaan agama dan bangsa. Yoga bukanlah sebuah penyembahan atau ibadat.

Yoga bermaksud bertindak, yoga merupakan sebuah tindakan atau latihan yang di latih oleh seseorang untuk mencapai sesebuah maklumat. Yoga merangkumi dua aspek penting iaitu relaxkan badan dan minda, menguatkan dan sihatkan badan. Yoga telah dilatih oleh manusia dari zaman dahulu lagi. Tiada rekod yang membuktikan masa wujudnya yoga.

Yoga telah dilatih di seluruh dunia dengan nama yang berlainan. Kepentingan yoga kepada umat manusia telah dikenali oleh semua kaum di dunia. Kebanyakan kaum, agama dan tradisi dari seluruh dunia mengajar yoga kepada rakyatnya dengan kaedah dan nama yang berlainan.

Kaedah melatih yoga dan meditasi telah ditulis dan di tunjuk ajar oleh Yogi dari India. Terdapat lebih dari 4000 jenis yoga dilatih di seluruh dunia. Kaedah-kaedah yoga telah di hasilkan oleh para yogi, petapak dan rishi dengan memperhatikan dan menelitikan sistem badan manusia, chakra, aura, planet, alam dan banyak aspek dari seluruh alam semula jadi. Ada juga kaedah yoga yang di pelajari dari binatang, burung dan lain-lain.

Melalui melatih yoga, pelatihnya dapat badan yang sihat, urat dan tulang yang kuat, pengaliran darah dan jantung yang sihat dan baik, minda yang jelas, aura yang bersih, chakra yang berkuasa, roh yang suci, nyawa yang jelas dan banyak lagi.