Author: Raja Mohamed Kassim

Ajaran Agama Sikh

Agama Sikh (Sikhism) dibawa oleh Guru Nanak (1469-1539) di Sultanpur, berhampiran Amritsar di wilayah Punjab, India. Pengikut Agama ini mempercayai kepada Satu Tuhan yang mencipta seluruh alam ini. Tuhannya dipanggil dengan nama Waheguru. Selepas Guru nanak mangkat tempatnya diganti oleh sembilan orang guru lain dan berakhir dengan guru Gobind Singh. Ketua agama sikh diberi gelaran Guru. Agama ini diberi nama Sikh yang bermaksud Harimau oleh guru Gobind Singh. Setiap orang lelaki yang beragama Sikh menggunakan gelaran Singh di belakang nama mereka, Kaum wanita pula menggunakan perkataan kaur di belakang nama mereka. Rangkaian Guru berakhir pada tahun 1708 selepas kemangkatan...

Read More

Cerita sufi: Di mana Tuhan tinggal

Terdapat sebuah cerita sufi tentang tempat tinggal Tuhan: Apabila seorang anak murid menyoal ke mana Tuhan pergi selepas mencipta seluruh alam ini dan di mana Dia tinggal, gurunya menjawab: Jika Tuhan tinggal di dasar laut, nescaya manusia akan menyelami untuk mencarinya. Jika tuhan tinggal diatas bukit, nescaya manusia akan mendaki gunung untuk mencarinya. Jika Tuhan tinggal duduk di bawah bumi nescaya manusia akan menggali untuk mencarinya. Sebab itulah Tuhan sembunyikan diri didalam diri manusia, kerana manusia lalai mencari didalam dirinya sendiri. Manusia lalai mengenal dirinya...

Read More

Apa itu Rohani

Perkataan rohani wujud daripada perkataan asas roh yang mana menjadi bahan asas setiap orang manusia. Jika tiada roh, manusia tersebut hanyalah sebuah mayat. Manusia bukanlah seketul daging yang disalurkan dengan kulit dan diisi dengan tulang dan darah. Tetapi seorang manusia lebih mulia dan bernilai darinya. Badan ini hanyalah rumah tumpangan kita yang sementara, kita pasti akan meninggalkan badan ini suatu hari nanti. Selepas menggugurkan badan ini, apakah baki yang akan tinggal dengan kita?. Itulah roh dan kaedah mengenali roh itu adalah rohani. Ilmu rohani adalah ilmu yang menunjuk ajar kita, kaedah mengenali asal usul manusia, dunia, galaksi dan asal...

Read More

Hati manusia dan kebebasan

Manusia suka kurung burung dalam sangkar dan membelanya sebagai haiwan peliharaan. Burung yang dibela dijaga dengan hemat dan cermat. Ia akan diberi buah-buahan dan biji-bijirin dan air yang bersih sebagai makanan. Sangkarnya akan dibersihkan dan haiwan tersebut dipelihara dengan betul. Burung tersebut tidak perlu melakukan sesuatu untuk teruskan kehidupannya, segala keperluannya akan dipenuhi oleh majikannya. Dengan hanya menyediakan sangkar yang terhias dan makan minum yang secukupnya, Adakah burung tersebut akan suka kepada kehidupan sebegitu ? Adakah burung tersebut akan suka dikurung ?. Sudah tentu tidak! Burung tersebut akan inginkan kebebasan!. Burung hanya akan suka kepada kebebasan, ia suka terbang...

Read More

Cerita Sufi: Sufi dan kasutnya

Pada suatu hari seorang sufi pergi ke masjid untuk sembahyang. Setelah beruduk beliau masuk ke dalam masjid untuk sembahyang. Semasa masuk ke dalam masjid beliau membawa masuk kasutnya sekali. Sepanjang masa sembahyang sufi tersebut simpan kasut disebelahnya. Para jemaah yang hadir untuk sembahyang terasa hairan dengan tingkah lakunya. Selepas sembahyang seorang daripada jemaah masjid mendekati sufi dan menyoal, sebab apa beliau membawa masuk kasut ke dalam masjid dan simpan di sebelahnya sepanjang masa solat. Sufi pun menjawab dengan sebuah senyuman. “Kasut yang saya membawa tadi itu, sepasang kasut yang baru. Jika saya tinggalkannya diluar , hati saya pasti akan...

Read More