Author: Raja Mohamed Kassim

Kaedah memeriksa makanan dengan Pendulum

Memeriksa makanan dengan pendulum. Kaedah ini boleh di gunakan untuk menguji makanan yang akan anda makan. Jika tersesat di hutan kaedah ini boleh di gunakan untuk menguji daun, akar atau sesuatu yang ingin di makan. Jika makan makanan baru atau sesuatu yang diberikan oleh orang luar, boleh di uji dengan pendulum sebelum di makan, untuk mengenali kesesuaian dengan badan orang yang ingin memakannya. Sebelum menggunakan pendulum pastikan: Hati dan minda anda jernih dan tenang Minta pertolongan dan perlindungan dari Tuhan Minta tenaga alam semulajadi untuk menjawab soalan anda Pastikan tangan dan badan anda lurus dan tegak Pegang pendulum di...

Read More

Cerita Sufi: Tuhan se ibarat Ibu

Seorang Guru sufi dan anak muridnya sedang menuju ke sebuah bandar yang jauh. Semasa perjalanan mereka terpaksa menyeberangi beberapa kampung pendalaman dan hutan. Apabila sampai di sebuah tempat yang sesuai untuk berehat di tengah-tengah hutan, guru membuat keputusan untuk bermalam di situ dan sambung perjalanan pada pagi esok. Semasa berehat guru mengucap terima kasih kepada Allah “Al Hamdulillah Syukur untuk apa yang telah Kamu berikan kepada kami pada hari ini dan kerana melancarkan perjalanan kami”. Seorang dari anak muridnya naik angin dan memarahi gurunya. “Wahai guru apakah yang Tuhan memberi kepada kita?. Sedangkan kita tak makan sepanjang hari ini....

Read More

Kamu bukan ulat sebenarnya

Adakah Kamu mempercayai diri mu seekor ulat? Adakah Makanan dan tempat teduh Memuaskan hati mu? Memenuhi matlamat hidup mu? Kenalkah kamu dengan rama-rama Inginkah kamu menjadi rama-rama Inginkah kamu terbang dengan bebas Sedarlah… Kamu bukan ulat – sebenarnya Kamu rama-rama yang kini berbentuk ulat Kalau ingin bebas dari maya Mulakan perubahan sekarang Majulah menjadi rama-rama – yang Cantik dan bebas Terbanglah setinggi mana yang kamu suka Alamilah Keindahan dunia ini Sedarilah diri mu Kamu bukan ulat – sebenarnya Kamu rama-rama yang berbentuk ulat Kamu tetap akan menjadi Rama-rama suatu hari nanti...

Read More

Cerita: 3 pokok dan cita-citanya

Pada zaman dahulu, hiduplah tiga batang pokok disebuah hutan yang besar. Mereka bertiga berkawan baik dan bercita-cita tinggi. Pada suatu hari tiga pokok berkenaan bersembang dan berbincang tentang masa depan mereka. Pokok pertama berkata “Saya hendak membesar dan tinggi setinggi awan, dan hendak bertemu dengan Dewa-dewa. Saya hendak para Dewa berehat diatas saya”. Pokok kedua berkata. ” Saya hendak menjadi peti simpanan barang kemas. Saya inginkan pemilik saya simpan barang-barang kemas dan batu permata didalam peti berkenaan.” Pokok ketiga pula berkata “Saya ingin menjadi sebuah kapal layar yang besar. Saya hendak pemerintah dan pembesar berlayar diatas kapal tersebut.” Semasa...

Read More

Cerita: Permata yang hilang

Di sebuah kampung pendalaman hidupnya seorang pemuda, dia berhati mulia tetapi dia hidup dengan serba kekurangan dan miskin; ibarat “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Oleh kerana tidak tahan dengan tekanan hidup dia mengambil keputusan untuk bunuh diri. Dia mendaki sebuah gunung untuk melompat dan membunuh diri. Sesudah sampai di atas gunung tersebut, dia terjumpa dengan seorang tua yang sedang betapa di situ. Orang tua tersebut tanya sebab apa dia mendaki gunung tersebut. Pemuda tersebut pun meluahkan isi hatinya. Petapa tersebut tersenyum besar dan mula berkata seperti berikut : “Hanya kerana sebuah masalah kecil ini kamu hendak...

Read More