Pada zaman dahulu, hiduplah tiga batang pokok disebuah hutan yang besar. Mereka bertiga berkawan baik dan bercita-cita tinggi. Pada suatu hari tiga pokok berkenaan bersembang dan berbincang tentang masa depan mereka.

Pokok pertama berkata “Saya hendak membesar dan tinggi setinggi awan, dan hendak bertemu dengan Dewa-dewa. Saya hendak para Dewa berehat diatas saya”. Pokok kedua berkata. ” Saya hendak menjadi peti simpanan barang kemas. Saya inginkan pemilik saya simpan barang-barang kemas dan batu permata didalam peti berkenaan.” Pokok ketiga pula berkata “Saya ingin menjadi sebuah kapal layar yang besar. Saya hendak pemerintah dan pembesar berlayar diatas kapal tersebut.”

Semasa tiga pokok berkenaan sedang bersembang datanglah beberapa orang dan memotong tiga pokok tersebut dan membawa balik semuanya. Pokok kedua yang ingin menjadi peti simpanan barang kemas, di jadikan peti simpanan jerami di kandang lembu. Pokok itu sangat sedih kerana cita-citanya tidak terhasil.

Pada suatu hari datang sepasang suami isteri dari tempat yang jauh dan bermalam dikandang lembu tersebut. Wanita tersebut sedang hamil dan sedang tunggu masa untuk melahirkan anaknya. Tiba-tiba wanita tersebut mula sakit dan melahirkan seorang anak lelaki yang cantik. Anak tersebut telah diletakkan didalam peti jerami tersebut. Anak tersebut ialah Jesus dan barulah pokok itu sedar bahawa, dia ingin menjadi peti simpanan emas tetapi sebuah bayi yang tidak ternilai dibaringkan didalamnya.

Pokok ketiga yang bercita-cita hendak menjadi kapal layar itu, dipotong dan dijadikan kapal layar. Tetapi dijadikan pengangkutan awam. Pokok tersebut sangat sedih kerana tak dapat menjadi kapal layar pemerintah. Pada suatu hari semasa kapal layar itu dalam perjalanan menyeberangi sebuah lautan; tiba-tiba angin tiup dengan kencang dan ombak pun bergelora tinggi. Kapal tersebut hampir nak terbalik, semua penumpangnya panik dan cemas. Ramai yang mula menangis, ada yang mula berdoa, ada yang mula sembahyang, akan tetapi keadaan laut masih sama.

Tiba-tiba bangunlah seorang dari penumpangnya menunjuk tangan ke arah awan dan berkata “Wahai angin cukuplah setakat ini berhenti.” Angin pun berhenti tiup dengan kencang. Dia tunjuk tangan kearah laut dan berkata “wahai laut cukuplah setakat ini berhenti “Lautan pun menjadi tenang serta merta. Barulah pokok tersebut sedar, Dia ingin membawa pemerintah tetapi dia dapat membawa seorang yang lebih mulia dari yang di ingini.

Pokok ketiga yang ingin mengendong Dewa tidak diusik selepas dipotong dan dibiarkan. Selepas sekian lama pokok tersebut di keluarkan dan di bentuk menjadi sebuah salib yang besar. Seorang lelaki dipaksa mengendung salib berkenaan dan akhirnya dipaku di salib itu. Lelaki tersebut ialah Jesus. Barulah pokok itu sedar bahawa, dia ingin mengendung Dewa tetapi seorang yang berstatus lebih tinggi dari Dewa telah mengendungnya.

Moral dari cerita ini ialah: Kita pasti akan mencapai cita-cita kita dalam kehidupan, akan tetapi dengan kaedah yang ditentukan dan seperti yang dikehendaki Tuhan. Bukan apabila kita perlukan dan bukan seperti yang kita mahukan.