Di sebuah kampung pendalaman hidupnya seorang pemuda, dia berhati mulia tetapi dia hidup dengan serba kekurangan dan miskin; ibarat “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”.

Oleh kerana tidak tahan dengan tekanan hidup dia mengambil keputusan untuk bunuh diri. Dia mendaki sebuah gunung untuk melompat dan membunuh diri. Sesudah sampai di atas gunung tersebut, dia terjumpa dengan seorang tua yang sedang betapa di situ. Orang tua tersebut tanya sebab apa dia mendaki gunung tersebut. Pemuda tersebut pun meluahkan isi hatinya. Petapa tersebut tersenyum besar dan mula berkata seperti berikut :

“Hanya kerana sebuah masalah kecil ini kamu hendak membunuh diri kamu?. Tak apa, kamu pergi ke pantai dibawah, di pantai tersebut terdapat sebuah batu permata yang tak ternilai harganya. Kamu boleh hidup serba mewah dengan hasil jualan batu permata tersebut. Pergilah dan cari batu tersebut dengan segera, ia tertutup dengan batu-batu kerikil di tepi pantai “.

Pemuda tersebut minta diri dengan petapa berkenaan dan menuju ke tepi pantai untuk mencari batu permata tersebut. Dia kutip sebuah batu dan periksanya, didapati ia bukan batu permata, lalu dia membuang batu tersebut ke dalam laut. Dia kutip lagi sebuah batu dan periksanya, ia didapati bukan batu permata, lalu dia membuang batu itu ke dalam laut. Dia kutip sebuah batu lagi dan periksanya, didapati ia bukan batu permata, dia buang batu berkenaan ke dalam laut.

Dia mengulangi perbuatan tersebut sekian lama, hari pun dah mula gelap; dia sudah kutip dan buang ribuan biji batu. Sampai suatu ketika dia terjumpa dan mengutip batu permata yang tak ternilai itu. Tetapi, oleh kerana sudah biasa dengan amalan kutip dan buang batu ke dalam laut. Seperti biasa dia pun kutip dan terus membuang batu permata tersebut didalam laut tanpa memeriksanya.

Seumpama pemuda berkenaan; Kebanyakan manusia sedar wujudnya sebuah batu permata yang tak ternilai di dalam diri mereka, tetapi mereka lalai untuk mencarinya. Oleh kerana mereka tidak berminat dan tidak berhati-hati; mereka tidak dapat bertemu dengan batu permata berkenaan.