Bunga teratai digunakan sebagai sebuah simbol agama, rohani, kebijaksanaan dan kebebasan dalam kebanyakan agama dan kepercayaan. Jika anda memperhatikan dengan teliti dewa dewi dan pengasas kebanyakan agama dan kepercayaan dilukis dalam rupa, duduk atau berdiri di atas bunga teratai. Sebab apa bunga teratai diberikan keutamaan dalam kebanyakan kepercayaan?.

Bunga teratai digunakan sebagai simbol – Chakra manusia yang ketujuh – Saharasrara atau lebih dikenali sebagai crown chakra. Gautama Buddha menjelaskan bahawa, bentuk crown chakra adalah seperti sekuntum bunga teratai dengan seribu lapisan. Crown chakra terletak di atas dan di tengah-tengah kepala kita. Mungkin anda ingat lagi, orang tua kita melarang untuk mengetuk kepala seseorang.

Seseorang yang dapat mengaktifkan crown chakranya digelar Buddha dalam agama buddha, Saints dalam agama Kristian, Rishi atau ngani dalam agama Hindu, digelar guru dalam agama Sikh dan digelar sebagai Wali atau Aulia dalam agama Islam. Semua agama di dalam dunia ini memberi keutamaan kepada chakra tersebut dan menjaga kepentingannya dalam adat dan ibadat. Inilah sebabnya kebanyakan agama mengamalkan tradisi memakai topi, kopiah, serban dan sebagainya demi melindungi crown chakra.