Apabila kundalini dan chakra seseorang telah diaktifkan dan badannya di penuhi oleh tenaga Kundalini; badannya mungkin akan mengalami beberapa perubahan. Iaitu suhu badannya akan berubah dan dia mungkin akan mengalami beberapa gangguan seperti sakit kepala, pening kepala, sembelit, cirit-birit, muntah, penglihatan kabur, mata terlalu terang, terlalu penat, mengantuk, terlalu bertenaga, susah nak tidur malam, demam dan sebagainya.

Tindak balas seperti ini berlaku kerana; Tenaga Kundalini yang masuk ke dalam badan telah mula menstabilkan kedudukannya dalam badan, Ia akan menstabilkan semua chakra, menguatkan kuasa dalaman, membaiki anggota badan yang rosak, menyembuhkan penyakit, mempercepatkan pengedaran darah dan beberapa perubahan secara kimia, fizikal, mental dan sebagainya.

Tindak balas-tindak balas seperti ini, sangat baik untuk kesihatan. Kalau kita dapat toleransi dengannya buat sebuah tempoh yang pendek, badan, minda dan kuasa dalaman kita akan mengalami sebuah perubahan yang sangat baik. Tindak balas dan perubahan seperti inilah yang dapat membuktikan kita bahawa chakra dan tenaga Kundalini kita sedang aktif.

Apabila seorang mencapai suatu darjat yang tinggi mukanya akan berseri, wujud sebuah cahaya di sekeliling badannya, mata akan lebih besar, bulat dan bersinar, suaranya akan berubah dan badannya lebih kuat, tegap dan bersemangat. Dia akan dihormati oleh semua orang tanpa sebab.