Batu permata dan kristal dikatakan boleh membantu manusia. Betulkah? Ya! betul, batu permata dan kristal mempunyai aura dan energi yang tersendiri. Bahan asas manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan batu adalah sama. Perbezaan di antaranya ialah kualiti, kuantiti campuran, aura dan getarannya.

Apabila badan,chakra dan aura seseorang kekurangan tenaga dia mudah diserang penyakit,kecelakaan,kesukaran,dan sebagainya. Untuk mengelakkannya kita boleh menggunakan batu permata atau batu kristal yang mempunyai energi yang sesuai dengan kita. Apabila energi yang kurang dari badan kita di isi semula, ia dapat mengurangkan masalah, kecelakaan dan impak darinya.

Apabila kita ingin membeli batu permata atau batu kristal, kita perlu mengetahui kegunaan batu tersebut dan kesesuaiannya dengan kita. Sebelum membeli batu permata atau batu kristal sila pastikan anda mengenali batu tersebut. Untuk mengetahui batu yang sesuai dengan kita dan untuk mengetahui kegunaan sesuatu batu kristal, anda boleh mencari dari internet, membaca buku tentang batu atau mencari penjual batu permata yang ada ilmu pengetahuan tentang batu kristal dan permata.