Aura adalah sejenis cahaya yang mengelilingi semua kehidupan dan barang di dunia ini termasuk manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan semua benda-benda yang lain. Aura manusia boleh dikategorikan sebagai salah sebuah badan manusia yang ditempatkan di atas kulit manusia. Ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi boleh merasakan kewujudannya. Ia mengelilingi badan manusia seolah-olah badan fizikal di bungkus dengan Aura.

Aura mengeluarkan gelombang dan cahaya yang berbeza setiap masa mengikut perasaan, fikiran, motif dan minda manusia. Aura manusia menjadi medium atau perantaraan di antara sesama manusia, binatang dan elemen-elemen alam yang lain. Setiap orang manusia dan binatang, dapat memahami aura orang dan binatang lain.

Ia berfungsi sebagai medium perantaraan sesama manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan barang-barang dalam dunia ini. Apabila kita melihat seseorang manusia, binatang, pokok atau sesebuah barang; perasaan kita akan mula berubah, sama ada gembira, marah, suka, duka, benci, sayang dan sebagainya. Ia berpunca dari gelombang, yang dikeluarkan oleh aura orang, binatang, pokok atau barang tersebut.

Para Nabi, Wali, Rishi, Yogi, Guru dan pelatih rohani tidak membuang janggut, misai dan tidak memotong rambut kerana, mereka tidak mahu merosakkan atau menjejaskan aura mereka. Mereka pakai serban, songkok dan sebagainya untuk menjaga Chakra Sahasrara, Aura dan menstabilkan minda mereka, supaya ia membantu mereka untuk maju dan stabil dalam latihan rohani.